Watak Perwatakan Magical_Girl_Lyrical_Nanoha

Watak utama

Takamachi Nanoha
  • Nanoha Takamachi (高町 なのは, Takamachi Nanoha)
Rencana utama: Takamachi Nanoha
Suara Latar : Yukari TamuraNanoha merupakan seorang gadis yang berada di tahun tiga sekolah rendah. Nanoha memiliki kehidupan biasa yang gembira dikelilingi oleh ahli keluarganya, dan sahabat sahabatnya yang begitu rapat dengannya. Mereka ialah Alisa Bannings dan Suzuka Tsukimura. Keluarganya membuka Kedai Kek Midoriya. Suatu malam, Nanoha bermimpi sesuatu yang pelik, iaitu dia bertemu dengan seorang ahli sihir yang berada dalam kesusahan. Keesokan harinya, Nanoha bertemu dengan seekor feret yang cedera parah. Feret tersebut berbicara dengannya melalui hubungan telepati dan mengatakan dia lah yang menyeru Nanoha dalam mimpi. Feret tersebut bernama Yuno Scrya. Yuno meminta pertolongan Nanoha untuk mengumpulkan Jewel Seed dengan pertolongan intelligent device @senjata Raging Heart. Dalam melaksanakan misinya, Nanoha bertemu dengan Fate testarossa yang mempunyai matlamat yang sama. Persahabatan antara mereka terjalin dan Nanoha akhirnya berjaya membawa Fate keluar dari dunianya yang suram.Yuno Scrya
  • Yuno Scrya (ユーノ・スクライア, Yūno Sukuraia)
Rencana utama: Yuno Scrya
Suara Latar : Kaori MizuhashiYuno merupakan pakar pengkaji artifak sejarah dari dimensi lain, iaitu Lokasi Mid Childa. Yuno sedang mengkaji suatu permata yang mempunyai kuasa yang tinggi iaitu Jewel Seed. Letupan yang tidak diduga di lokasi tersebut menyebabkan Jewel Seed tersebar di seluruh dimensi Bumi. Oleh itu, Yuno meminta kebenaran daripada Jabatan Angkasa Bureau untuk turun ke dimensi Bumi. Untuk menjamin keselamatannya, Yuno turut membawa senjata dengannya iaitu Raging Heart. Setelah tiba di dimensi bumi, Yuno terpaksa berlawan dengan binatang jadian yang mengeksploitasikan Jewel Seed untuk kegunaan sendiri. Binatang tersebut menjadi kuat sehinggakan Yuno tidak dapat melindungi dirinya sendiri. Yuno bertukar bentuk dan menjadi seekor feret. Yuno menyeru Nanoha untuk menolongnya.Setelah bertemu dengan Nanoha, Yuno dibawa pulang ke rumah Nanoha, dan amat disukai oleh kakak Nanoha kerana Yuno amat comel.Fate Testarossa
Rencana utama: Fate testarossa
Suara Latar : Nana MizukiFate Testarossa meruapakan Mage @ ahli sihir dari dimensi Taman Waktu yang diutus oleh ibunya, Precia Testarossa untuk mengumpulkan Jewel Seed. Fate merupakan seorang anak yang taat dan berusaha keras untuk mengembalikan senyuman ibunya. Fate yang dibantu oleh Familiar nya, Arf, dan senjatanya Bardiche bertemu dan berlawan dengan Takamachi Nanoha kerana mereka mempunyai matlamat yang sama. Fate menguasai serangan jarak dekat dan keistimewaannya ialah speed @ kepantasan. Pada awal musim ini kekuatan Fate mengatasi kekuatan Nanoha. Namun begitu, Nanoha kembali berdiri dan menjadi saingan yang kuat. Setelah mengetahui niat sebenar ibunya mengumpulkan Jewel Seed, Fate bekerjsama dengan Nanoha untuk mengembalikan ibunya. Namun ibunya tidak dapat diselamatkan dan akhirnya pergi bersama kakaknya, Alecia Testarossa. Akhirnya Fate dan Nanoha menjadi sahabat baik.Arf Testarossa
Rencana utama: Arf Testarossa
Suara Latar : Natsuko KuwataniArf ialah seekor serigala. Arf tinggal di kawasan Gunung Mid Childa. Arf mendapat penyakit yang sukar diubati dan dihalau oleh kumpulan serigala yang lain kerana bimbang dijangkiti. Arf berjalan ke Taman Waktu dan akhirnya meninggal dunia di situ. Fate yang berjalan jalan, bertemu dengan mayat Arf. Fate meminta kebenaran daripada gurunya, Linith Testarossa untuk menghidupkan kembali Arf. Linith mula menentang, tetapi akhirnya bersetuju kerana Fate berjaya menyakinkannya. Dengan Mana @ Kuasa yang ada pada Fate, Fate berjaya menukarkan mayat Arf kepada Familiar @ haiwan penjaga yang boleh menjelma sebagai manusia. Oleh itu, Arf bersumpah bahawa dia akan menjaga Fate sehingga akhir hayatnya. Hal ini terbukti, apabila Arf sentiasa berada di sisi Fate dan bersedia untuk mati bagi Fate.

Watak Sampingan

Pegawai Tadbir Jabatan Angkasa Bureau

Gill Graham
  • Gill Graham (ギル・グレアム, Giru Gureyamu)
Suara Latar : Chou KatsumiGill Graham ialah pegawai tertinggi dalam pentadbiran Jabatan Angkasa Bureau. Seperti Takamachi Nanoha, Gill juga berasal dari dimensi Bumi. Gill terlibat dalam kes kebangkitan Book Of Darkness @ Buku Kezaliman buat kali pertama. Gill mempunyai dua Familiar kucing kembar yang bernama Aria dan Lotte. Gill seorang yang dedikasi terhadap tugasnya. Gill menanggung kekesalan apabila dia gagal menyelamatkan Clyde Harlaown (クライド·ハラオウン, Kuraido haraoun) iaitu suami kepada Lindy Harlaown dan ayah kepada Chrono Harlaown. Clyde terkorban dalam peristiwa kebangkitan Buku Kezaliman. Gill mengatakan dia kawan kepada ayah Yagami Hayate kerana dia ingin memerhati pergerakan Hayate sebagai Master yang seterusnya bagi Buku Kezaliman. Gill akhirnya bersara dan berehat sepenuhnya di kediamannya yang terletak di dimensi Bumi bersama sama dengan Aria dan Lotte.


Lindy Harlaown
  • Lindy Harlaown (リンディ・ハラオウン, Rindi Haraoun)
Suara Latar : Aya HisakawaLindy Harlaown merupakan wanita yang menjalankan tugasnya dengan dedikasi. Lindy merupakan pegawai tadbir Jabatan Angkasa Bureau. Lindy bukan saja berjaya dalam kerjayanya, bahkan Lindy turut berjaya menjadi ibu yang penyayang dan ibu yang tabah. Buktinya, Lindy berjaya membesarkan Chrono Harlaown dan anak angkatnya, Fate testarossa serta Arf Testarossa dengan baik sekali. Lindy menyandang jawatan yang tinggi di bawah jagaan Gill Graham. Lindy kehilangan suaminya yang tercinta dalam memerangi kebangkitan Book Of Darkness @ Buku Kezaliman yang pertama di bawah arahan Master yang lain, bukannya Master Yagami Hayate. Lindy berkuasa untuk membuka kunci senjata yang hebat, iaitu Arc en Ciel dalam musim kedua, untuk menentang buku Kezaliman.Chrono Harlaown
  • Chrono Harlaown (クロノ・ハラオウン, Kurono Haraoun)
Suara Latar : Tomokazu SugitaChrono Harlaown ialah anak kepada Lindy Harlaown. Chrono menghabiskan masa membesarnya dengan berada di Kapal Asura bersama sama dengan ibunya dalam memerangi jenayah dimensi. Chrono kehilangan ayahnya dalam peristiwa kebangkitan Book Of Darkness @ Buku Kezaliman buat kali pertama. Chrono banyak membantu dalam menyelesaikan kes Precia Testarossa, kebangkitan Buku Kezaliman, dan penjenayah Jail Scaglietti. Chrono berkahwin dengan Amy Lamietta dan dikurniakan anak kembar. Senjata Chrono ialah Frozen Ice Durandal. Chrono amat rapat dengan adik angkatnya, Fate testarossa, rakan rakannya, Takamachi Nanoha dan Yagami Hayate.Amy Lamietta
  • Amy Lamietta (エイミィ・リミエッタ, Eimyi Rimietta)
Suara Latar : Yuki MatsuokaAmy Lamietta ialah seorang gadis yang gila gila. Amy selalu mengusik Chrono Harlaown dengan jenaka jenaka yang mengatakan Chrono menaruh hati terhadap Takamachi Nanoha. Namun begitu, akhirnya Amy dijodohkan dengan Chrono di musim ketiga dan dikurniakan sepasang anak kembar. Amy seorang pekerja yang dedikasi. Amy bekerja sebagai pegawai pengkomputeran bagi Jabatan Angkasa Bureau iaitu sistem komputer utama untuk menjejak musuh. Amy juga rapat dengan Lindy Harlaown. Amy berkelakuan seperti kebudak budakan namun Amy kelihatan tegas ketika melaksanakan tugasnya.

Keluarga Testarossa

Precia TestarossaSuara Latar : Rei IgarashiPrecia Testarossa merupakan ibu kepada Fate testarossa. Di saat dirinya bersama dengan anak kandungnya, Alecia Testarossa, Precia digambarkan sebagai seorang ibu yang sangat menyayangi anaknya. Namun, setelah kematian Alecia akibat letupan ditempat kerjanya, Precia menjadi gila kerana tidak dapat menerima kenyataan dan Precia berasa amat menyesal kerana tidak meluangkan masa bersama sama dengan Alecia kerana Precia amat sibuk dimakmalnya sebagai alchemist @ ahli kimia. Oleh itu, Precia menghasilkan Fate daripada Projek Pengklonan Memori dan menggunakan Fate mengumpul Jewel Seed untuk menghidupkan kembali anaknya di Al Hazard. Precia akhirnya mati di musim ini kerana dia jatuh ke dalam rekahan dimensi bersama sama dengan mayat Alecia yang diawet dalam balang kaca.Fail:Lyrical 2 Alicia testarossa 1.jpgAlecia TestarossaSuara Latar : Nana MizukiAlecia Testarossa ialah kakak kepada Fate testarossa. Alecia digambarkan sebagai kanak kanak yang bahagia dan sentiasa gembira biarpun ibunya amat sibuk dan jarang melayannya. Alecia mempunyai seekor kucing. Setelah kematian Alecia, kucing tersebut ditukar menjadi Familiar oleh Precia Testarossa yang diberi nama sebagai Linith Testarossa. Alecia merupakan budak yang comel dan seiras Fate. Alecia terkorban dalam peristiwa letupan di tempat ibunya bekerja. Kematiannya menyebabkan ibunya, menjadi tidak waras dan mula memberi tumpuan dalam menjalankan Projek Pengklonan Memori.

Keluarga Nanoha

Takamachi Shiro
  • Takamachi Shiro (高町 士郎, Takamachi Shiro)
Suara Latar : Kazuya IchijouTakamachi Shiro ialah ayah kepada Takamachi Nanoha dan merupakan ketua kepada keluarga Takamachi. Shiro mempunyai bakat dalam ilmu sihir dan dalam Triangle Heart, Shiro dikatakan amat berbakat dalam menguasainya. Oleh itu, anak bongsunya, Nanoha turut mewarisi bakatnya dengan sebagai Master kepada Raging Heart. Shiro berkahwin dengan Takamachi Momoko dan menguruskan Kedai Kek Midoriya di Bandar Uminari. Ketika mempunyai masa lapang, Shiro akan turut serta dalam mengajar permainan bola sepak.Takamachi Momoko
  • Takamachi Momoko (高町 桃子, Takamachi Momoko)
Suara Latar : Erika AmanoTakamachi Momoko merupakan ibu kepada Takamachi Nanoha. Momoko berkahwin dengan Takamachi Shiro dan bekerja di Kedai Kek Midoriya. Momoko juga muncul dalam siri anime Triangle Heart. Momoko merupakan antara orang yang amat Nanoha percayai. Nanoha memberitahu Momoko mengenai pengembaraannya di kapal Asura. Momoko kemudiannya tahu mengenai penglibatan Nanoha dengan Jabatan Angkasa Bureau di akhir musim kedua.Takamachi Kyouka
  • Takamachi Kyouka (高町 恭也, Takamachi Kyouka)
Suara Latar : Hikaru MidorikawaTakamachi Kyouka ialah abang kepada Takamachi Nanoha dan Takamachi Miyuki. Dalam siri anime ini, Kyouka hanya memainkan peranan yang kecil, berbanding kemunculannya dalam Triangle Heart iaitu sebagai anak sulung keturunan Takamachi yang mewarisi seni pedang Keluarga Fuwa. Kyouka digambarkan sebagai seorang yang kacak. Kyouka menaruh perasaan terhadap kakak Suzuka Tsukimura iaitu Shinobu Tsukimura. Kyouka sering berkunjung ke rumah Shinobu bersama dengan Nanoha.Takamachi Miyuki
  • Takamachi Miyuki (高町 美由希, Takamachi Miyuki)
Suara Latar : Ryoko ShiraishiTakamachi Miyuki ialah seorang gadis yang aktif dan ceria. Miyuki gemar berlatih kendo bersama sama dengan abangnya, Takamachi Kyouka. Seperti Kyouka, Miyuki juga muncul dalam Triangle Heart. Dalam anime ini, Miyuki digambarkan sebagai wanita yang hanya tahu menahu tentang kendo. Miyuki juga amat menyukai Yuno Scrya dalam form feret.

Sahabat Nanoha

Alisa Bannings
  • Alisa Bannings (アリサ・バニングス, Arisa Banningasu)
Suara Latar : Rie KugimiyaAlisa Bannings ialah salah seorang sahabat karib Takamachi Nanoha sejak kecil lagi. Alisa juga bersahabat baik dengan Suzuka Tsukimura biarpun Alisa pernah membuli Suzuka. Alisa seorang gadis yang ceria dan melepaskan apa sahaja yang terpendam di hatinya melalui kata kata, membuatkan orang menjadi marah kadangkala mencadi lucu. Alisa begitu meminati anjing. Alisa juga merawat Arf Testarossa apabila Arf cedera dibelasah oleh Precia Testarossa. Ibu bapa Alisa merupakan tokoh korporat yang berjaya dan Alisa lah bakal mewarisi perniagaan keluarganya. Namun begitu, Alisa tidak sombong dan berkawan dengan semua orang.Suzuka Tsukimura
  • Suzuka Tsukimura (月村 すずか, Tsukimura Suzuka)
Suara Latar : Ai ShimizuSuzuka merupakan sahabat kepada Takamachi Nanoha dan Alisa Bannings. Suzuka mempunyai seorang kakak iaitu Shinobu Tsukimura. Berbanding dengan Alisa, Suzuka ialah peminat kucing dan Suzuka lebih pendiam daripada Alisa. Suzuka juga berkawan rapat dengan Yagami Hayate. Mereka bertemu secara tidak sengaja di perpustakaan awam dan Suzuka lah yang menolong Hayate mengambilkan buku di rak rak buku yang tinggi. Suzuka mempunya 2 orang pembantu rumah iaitu Noel dan Farin.Shinobu Tsukimura
  • Shinobu Tsukimura (月村 忍, Tsukimura Shinobu)
Suara Latar : Miyu MatsukiShinobu merupakan kakak kepada Suzuka Tsukimura. Shinobu menaruh perasaan terhadap Takamachi Kyouka. Shinobu turut muncul dalam Triangle Heart sebagai Vampire yang menaruh perasaan terdap Kyouka. Shinobu mempunyai personaliti yang sama seperti adiknya, Suzuka iaitu seorang yang pendiam dan lemah lembut.Noel K. Ehrlichkeit
  • Noel K. Ehrlichkeit (ノエル・K・エーアリヒカイト, Noeru K Ēarihikaito)
Suara Latar : Hyo-seiNoel merupakan ketua pembantu rumah keluarga Tsukimura. Noel ialah kakak kepada Farin K. Ehrlichkeit Noel digambarkan sebagai seorang pembantu rumah yang cool. Dalam siri anime ini, Noel muncul sebagai manusia biasa, berbeza dalam Triangle Heart Noel memainkan watak sebagai mesin yang diprogramkan ataupun dikenali sebagai robot.Farin K. Ehrlichkeit
  • Farin K. Ehrlichkeit (ファリン・K・エーアリヒカイト, Farin K Ēarihikaito)
Suara Latar : Asuka Tanii Farin ialah adik kepada Noel K. Ehrlichkeit. Farin bekerja sebagai pembantu rumah keluarga Tsukimura. Farin menjadi pembantu peribadi kepada Suzuka Tsukimura. Wajah Farin seiras dengan kakaknya, dan yang dapat membezakan mereka ialah Farin berambut panjang, manakala Noel berambut pendek. Farin mempunyai mata yang bulat dan bersinar. Berbanding kakaknya, Farin kelihatan lebih lemah lembut dan bersopan santun. Kakaknya pula lebih tegas dan melaksanakan tugasnya dengan dedikasi